Skip to main content

Mahasiswa datang kenduri



Tangan masih lagi cekap mengawal tertikus komputer sambil mencari maklumat terbaru paparan muka-muka akhbar,mata terheret dengan paparan tentang perarakan mahsiswa-mahasiswi UiTM (Universiti Teknologi Mara). Sejak beberapa hari kebelakangan ini begitu populor dihalaman akhbar tempatan tentang bantahan mereka terhadap Menteri Besar Selangor yang mengusulkan peluang pengajian 10 peratus dibuka kepada bukan bumiputera. Begitu hebat bantahan mereka sehingga ke bangunan kerajaan negeri Selangor,tetapi dari iras wajah mereka bagaikan tidak serius seolah-olah mereka hanya menyertai perarakan sambutan perayaan saja.

Mata pun mulai fokus dengan isi kandungan berita tersebut,tidak puas dengan sebelah pihak (media tempatan)..terus ku buka satu lagi laman akhbar harian (tranungkite) untuk mendapatkan penjelasan. Barulah ku mengerti sebab isu ini menjadi begitu meletup.


"isu membuka UiTM kepada bukan bumiputera".

Melihat pada tajuk saja,pelbagai andaian dan pendapat daripada masyarakat..ada yang positif dan ada yang sebaliknya. Memang semua maklum yang MARA dibina untuk membantu masyarakat melayu di Malaysia. Dan Uitm sendiri adalah salah satu cara untuk membina kekuatan melayu itu sendiri. Tapi itu dulu,ketika melayu terkapai-kapai mencari hala tuju. Tapi kini,lihat saja pada kekuatan universiti itu sendiri begitu berbeza dari universiti yang lain di dunia am-nya.

Bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak,tetapi mahu menilai kembali usul yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu. Apakah rasionalnya usul yang dibangkitkan itu? Jika melihat dari segi aspek akademik universiti tersebut memang jauh ketinggalan,jika melihat dari aspek akhlak dan moral,lagi dasyat. Isu murtad,penagihan dadah,pergaulan yang melampau, zina,budaya couple,dan bermacam-macam lagi masalah yang melanda anak melayu di Uitm. Mengapa ini tidak diutarakan? mengapa tidak dibendung? berbanding dengan hanya satu usul yang diutarakan ini. Usul tersebut dibangkitkan mungkin kerana pencapaian akademik mahsiswa Uitm tidak seperti yang lain,sekurang-kurangnya dengan kemasukan 10 peratus pelajar bukan bumiputera dapat memberi persaingan,tidak kita hanya bermain dalam kampung saja. Pernah satu ketika dulu saya berfikir, kalaulah aku ditawarkan masuk Uitm, pasti ibarat masuk sarang buaya.

Oleh itu sama-samalah kita renungkan demi masa depan sejagat,perjuangkan agama insyaALLAH selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...