Skip to main content

Piala Malaysia



Assalamualaikum,lama rasanya tak menjengah blog ini. Sebelum ini aku berkampung sebulan di Kota Kaherah atas sebab latihan bolasepak dan berkebetulan Piala Malaysia edisi Mesir ini berlangsung di Kaherah. Aku berasa teruja dan bertuah kerana dipanggil untuk menyarung jersi Selangor pada kejohanan kali ini. Walaupun sudah hampir 2 tahun di Mesir,belum pernah menyertai pasukan Selangor walaupun sering dipanggil.



Pada edisi kali ini,aku turun berlatih bersama skuad Selangor seperti yang ditetapkan. Alangkah terkejutnya kerana skuad kali ini dibarisi pemain yang berpengalaman dan disertai sebahagian pemain kebangsaan Malaysia-Mesir. Aku dapat rasakan inilah pengalaman bermakna kerana dapat beraksi bersama mereka. Pasukan Selangor memulakan sesi pemilihan pemain dengan perlawanan persahabatan menentang Terengganu,kemudian disusuli dengan latihan memantapkan kecergasan dan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan Kedah,Pahang dan Thailand. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Dan kejohanan bermula pada 26 Julai 2008,dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih antara pasukan Syoubra dan Sabah. Pasukan Selangor mendapat undian untuk memulakan perlawanan kedua,perlawanan yang dianggap mendapat perhatian kerana Selangor diundi untuk bertemu Kedah. Sedia maklum Kedah adalah pasukan yang hebat tak kira di Malaysia atau Mesir. Perlawanan berlangsung sengit seakan tiada pemenang,setiap posisi tertutup dan sukar untuk melorong bola dan melakukan umpanan,namun rezeki Allah itu ada. Pada saat-saat akhir kemasukan pemain sayap kiri Fyruz untuk mengambil sepakan percuma terus ketengah dan pemain tengah Labib melorong bola untuk aku lepaskan rembatan terus ke pintu gol yang sedia ternganga mengubah keputusan perlawanan. Saat itu aku begitu gembira kerana tenang melakukan gol tersebut dengan kaki kiri.



Seterusnya Selangor melebarkan sayap untuk meneruskan kempen Piala Malaysia dengan kemenangan 4-0 keatas Melaka dan seri dengan Terengganu 0-0, Selangor menentang pasukan Syoubra pada peringkat suku akhir tetapi seri 0-0 dan kemenangan Selangor ditentukan dengan sepakan penalti 4-3. Pada separuh akhir Selangor bertemu dengan Pahang setelah menewaskan Kuala Lumpur. Walaupun Pahang dibarisi pemain-pemain baru namun semangat yang ditonjolkan hampir menggugat kami,mungkin faktor pengalaman membezakan kami dan kemenangan 1-0 oleh jaringan cantik pemain tengah Labib melayakkan kami ke Final bertemu Terengganu.

Pada perlawanan akhir,kedua-dua pasukan terpaksa menghadapi keadaan cuaca dan padang yang kurang selesa menyebabkan tempo perlawanan agak agresif. Terengganu membuka jaringan pada minit ke-6,akibat sedikit kesilapan. Namun apa yang dikesalkan corak permainan yang diamalkan pasukan lawan yang tidak profesional menghampakan kami. Dan keputusan tidak mengira siapa yang menganjur corak permainan yang cantik. Hingga akhir perlawanan keputusan tidak berubah dan Terengganu ditabal menjadi juara Piala Malaysia dan Selangor terpaksa akur di tempat kedua.

Bagi pandangan aku sendiri,aku berasa amat bersyukur kerana berjaya ke perlawanan akhir pada kejohanan kali ini. Dan bermain dengan pemain yang berpengalaman amatlah bermakna. Tapi aku juga berasa sangat  terkilan kerana pada saingan suku akhir hingga perlawanan akhir aku terpaksa berehat akibat kecederaan buku lali. InsyaALLAH ada rezeki tahun depan..

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...