Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Allahumma NajjihNa..InsyaALLAH

Terkedu aku bila seorang sahabatku mengatakan mahu balik Malaysia kerana tak tahan keadaan di Mesir,padahal dia adalah pelajar tahun 1 perubatan. Aku tanyakan dia mengapa? Alasannya keadaan di Mesir tidak membantunya,buntu aku seketika diam terkelu seribu bahasa. Terus pelbagai andaian menyerang fikiran..Kenapa balik? Aku tanyakan lagi untuk kepastian,tapi itulah jawapannya. Ini baru seorang yang ku jumpa. Kebetulan aku pulang ke Mansurah,kebetulan ingin bertemu sahabatku yang baru pulang dari Malaysia. Aku ingin mengambil barang yang ku kirim darinya. Sedang elok bertemu,aku sengaja membuka cerita tentang sahabatku yang pulang terus ke Malaysia itu. "Ala,biasa pul" Jawapan ringkas darinya. "Yeker? Kenapa?" Berkerut dahiku. "Manusia pul,macam-macam..memang dari Malaysia kitorang dengar kat Mesir ni murah sikit kalau banding dengan negara yang ada pengajian perubatan yang lain,tapi cara hidup sini tak sama. Ramai je yang balik habis,ada je yang balik tu...

Kembali

Ligat jari ini menekan telefon bimbitku mencari nama Ammu Magdi, sedia maklum perkhidmatan vannya diperlukan untuk kami penuntut Malaysia disini jika untuk kemana-mana sekitar Mansurah dan Mesir ini. " Ha ,jumpa pun" Tersenyum aku. "Assalamualaikum" Aku memberi salam. "Waalaikumussalam" Jawab Ammu Magdi. " Min maa`ya ? Soalnya menyambung. " Ana Saif Islam " Jawabku ringkas. " Ya Ammu,ana a`iez a`rabia billail mumkin , ruhil mator ? Sambungku lagi. " Emta ?. Soal Ammu Magdi ringkas. " Saa`h itna a`syar ". Aku mengagak. " Saa`h itnin au itna a`syar bitta`kid ?. Ammu Magdi inginkan kepastian. " Itna a`syar insyaALLAH ". Aku meyakinkannya. " Fen baitak ?". Ammu Magdi menanyakan lokasi rumahku. " Ta`raf bait maqabir i`ndil mauaf damaneh ? Terangku lagi. " Aiwah,masyi-masyi ". Ammu Magdi puas mendengar jawapanku. " Syukran ya amm ". Aku ungkapku lagi. Cepa...

Hujan

Gerak kaki ini pantas menuruni anak tangga,lincah bagai menuruti irama lagu. Tenang petang ini menyenangkan hatiku. Aku terus melangkah di atas jalan penuh lecah. Sebentar tadi semasa menunaikan solat Jumaat,hujan lebat membasahi bumi Mansurah ini. Tersenyumku seketika, dah nak masuk musim sejuk,bisik hatiku. Maklumlah bukan senang bumi Mesir ini bermandi hujan. Sekali-sekala air turun dari langit ini,membuat kanak-kanak arab riang gembira bermain hujan. Riuh masjid tadi dengan suara mereka. Kemana harus ku tuju? persoalan bermain di fikiran. Baru sahaja melangkah ke jalan besar,hujan kembali lebat. Ah,aku kena mencari tempat berlindung..hujan turun mencurah-curah. Tenang aku di depan kedai telefon menanti hujan reda. Sambil melipat hujung kaki seluar,aku tersenyum lagi. Indahnya bumi ini disirami hujan nimat tuhan pencipta alam..teringat kenangan semasa kecilku di Malaysia. Sering bermain bola ketika hujan,manakan tidak..waktu bermain paling indah itu harusku isi..tapi bila ...

Sebak hati ini..

Hati mana yang tak sebak menonton klip Ikhwan Muslimin Mesir ,terfikir sejenak..sejauh mana tanggungjawab sebagai umat islam yang bertuhankan Allah. Apakah cukup amalan untuk di bawa ke SANA . Hidup senang umpama tiada apa yang berlaku. Terkadang terfikir tentang sahabat-sahabat dan saudara yang bergelut menegakkan Islam,tapi ditentang oleh saudara sendiri. Mereka inilah serpihan-serpihan perjuangan Islam di Mesir..Serpihan yang tak pernah lekang dan jemu untuk membina empayar di kampung sendiri tapi jiwa-jiwa yang ingin meruntuhkan Islam itu cukup dahagakan darah-darah mereka. Ya Allah kurniakanlah kekuatan kepada pejuang-pejuangMu. Hati ini begitu merindukan janjiMu itu,tapi seringkali dikuatkan semakin nafsu menyelubungi diri ini. Aku tak berdaya melawannya. Kurniakanlah sedetik waktu untuk mengingatiMu. Jauhkanlah kami dari dugaan yang tak terdaya kami lawan.

Openhouse Raya lagi...

Tahun ini menjadi raya yang penuh bermakna untuk saya serta `keluarga` hehe. Manakan tidak,tahun ini saya dan rakan-rakan sempat menunaikan solat hari raya di Stadium Mansoura. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas,saya tak berkesempatan sebab menunggu rakan-rakan yang lain. Habis semua tak sembahyang. Walaupun tahun ini saya tidak berkesempatan untuk men`join`kan diri dengan Sambutan Hari Raya Putera Puteri Selangor (PUITIS) atas sebab tugas yang tak dapat dielakkan. Tapi pada tahun ini kami `sekeluarga` dari Bait Maqabir sepakat untuk mengadakan openhouse buat kali yang kedua. Kami juga mengajak beberapa rakan lain untuk menyertai kami. Nampak macam besar-besaran jugak. .Masing-masing mengambil tugas yang diamanahkan,dari meminjam periuk,alatan memasak sampai kepada membeli bahan-bahan yang diperlukan. Semua cukup..Macam nak main bola la pulak. Walaupun baru balik dari Kaherah,saya cuba untuk memainkan peranan dalam usaha untuk menjayakan program ini. Walaupun saya...

Ziarah sekitar Mesir 2008

Musim panas di Mesir memang menyeronokkan apatah lagi kalau diisi dengan aktiviti yang dapat menghiasi musim panas yang panjang. Alhamdulillah,musim panas kali ini saya telah ditawarkan untuk membawa satu keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom. Saya dimaklumkan mereka tidak pernah berkunjung ke Mesir. Jadi saya menjadi `guider` yang dapat memberi penerangan yang sebaiknya,walaupun masih dianggap baru di Mesir tapi saya sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik. Perjalanan mereka bermula pada 6 Oktober 2008,berkebetulan dengan sambutan Perang 6 Oktober Mesir-Israel . Walaupun saya hanya menyambut Syawal untuk seketika tapi demi tugas yang telah diberikan,saya perlu menyiapkan diri lebih awal bagi mengelakkan kesulitan. Pada malam mereka tiba di Mesir,aku menghadapi kesulitan untuk mengambil mereka kerana Mesir mempunyai 2 lapangan terbang. Pada mulanya aku menunggu di terminal 1,tetapi rupanya mereka mendarat di terminal 2. Dalam hati aku berharap dipermudahkan per...