Skip to main content

Ziarah sekitar Mesir 2008


Musim panas di Mesir memang menyeronokkan apatah lagi kalau diisi dengan aktiviti yang dapat menghiasi musim panas yang panjang. Alhamdulillah,musim panas kali ini saya telah ditawarkan untuk membawa satu keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom. Saya dimaklumkan mereka tidak pernah berkunjung ke Mesir. Jadi saya menjadi `guider` yang dapat memberi penerangan yang sebaiknya,walaupun masih dianggap baru di Mesir tapi saya sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik.

Perjalanan mereka bermula pada 6 Oktober 2008,berkebetulan dengan sambutan Perang 6 Oktober Mesir-Israel. Walaupun saya hanya menyambut Syawal untuk seketika tapi demi tugas yang telah diberikan,saya perlu menyiapkan diri lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.

Pada malam mereka tiba di Mesir,aku menghadapi kesulitan untuk mengambil mereka kerana Mesir mempunyai 2 lapangan terbang. Pada mulanya aku menunggu di terminal 1,tetapi rupanya mereka mendarat di terminal 2. Dalam hati aku berharap dipermudahkan perjalanan ziarah mereka di Mesir. Nasib baik aku perasan sebelum mereka menunggu kami lebih lama.



6 Oktober- Hari ini aku diminta oleh tetamu yang aku panggil `uncle` dan `auntie` untuk ke pejabat kedutaan untuk mendapatkan surat sokongan membuka akaun bank untuk anak mereka yang belajar di Universiti Iskandariah..selesai urusan kami terus ke tempat paling bersejarah iaitu Piramid yang terletak di Giza. Tempat yang berfungsi sebagai tempat persemadian Firaun dan kerabatnya. Tiket untuk melawat adalah sebanyak L.E 50 bagi pengunjung luar dan L.E 25 untuk pelajar. Seterusnya kami ke kilang minyak wangi. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati disini,dengan harga yang agak `menarik`.Pada sebelah malam pula kami menikmati keindahan Kota Kaherah di sepanjang Sungai Nil dengan menaiki Fallukah (bot persiaran) selama 2 jam dengan bayaran hanya L.E 60.

7 Oktober-Hari pertama bekerja selepas seminggu cuti beraya di Mesir menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang teruk. Dan kami agak terlewat memulakan program. Lokasi pertama adalah di Muzium Firaun di Tahrir. Juga dengan harga L.E50 bagi pengunjung luar dan L.E25 bagi pelajar. Kami menghabiskan masa 2 jam di muzium tersebut dimana dihimpunkan monumen-monumen lama kesan pemerintahan Raja Firaun dan juga mumia. Kemudian kami terus mengunjungi Kubu Sallehuddin Al-Ayubi dan Muzium Sultan Ali Pasha. Kawasan yang agak tinggi di Kota Kaherah seiring dengan keadaannya sebagai kawasan pertahanan suatu ketika dahulu.

8 Oktober- Hari ini kami menuju ke daerah paling utara iaitu di Kota Iskandariah yang mana pernah menjadi ibu negara bagi Mesir selama 1000 tahun. Kawasan yang dianggap menarik kerana mempunyai pantai yang indah dan diwarnai dengan suhu Mediterranean. Kami terus menuju ke Hotel Hilton untuk penginapan. Pada hari ini,tidak kemana-mana hanya makan malam yang lazat.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...