Alhamdulillah,sempat juga kitorang tunaikan solat hari raya tanpa ada masalah seperti sambutan sebelum ini. Tapi yang menjadi tanda tanya,selalunya kita akan mendengar khutbah di bacakan kerana banyak isi penting yang akan disampaikan,tapi bagi kebanyakkan orang arab disini mereka akan angkat kaki selepas solat. Dah la sambut raya macam pesta bola je,tapi tak apalah biar mereka dengan cara mereka. Seperti biasa kami akan bergambar sebelum pulang,macam-macam lah aksi yang menarik,macam kanak-kanak pun ada tapi hari raya bukannya hari-hari kan? Jadi,gunakanlah sebaik mungkin. Tiba-tiba adalah makhluk mendekatiku dan bertanya dengan penuh sopan."Rumah hang masak apa Pun (panggilan diorang)?",tersentak aku tiba-tiba.."Err,masak nasi beriani" Jawabku selamba. "Jom,pi rumah hang pa?" Dia mengatur tentatif. "Takpa lah, mai la rumah aku" Aku pun bersetuju tapi dalam hati berkata nasib baik lah aku masak lebih.Kalau tak, malu aku. Cerita semasa mak...