Skip to main content

Selamat Hari Raya Edul Adha..Part 3



Alhamdulillah,sempat juga kitorang tunaikan solat hari raya tanpa ada masalah seperti sambutan sebelum ini. Tapi yang menjadi tanda tanya,selalunya kita akan mendengar khutbah di bacakan kerana banyak isi penting yang akan disampaikan,tapi bagi kebanyakkan orang arab disini mereka akan angkat kaki selepas solat. Dah la sambut raya macam pesta bola je,tapi tak apalah biar mereka dengan cara mereka. Seperti biasa kami akan bergambar sebelum pulang,macam-macam lah aksi yang menarik,macam kanak-kanak pun ada tapi hari raya bukannya hari-hari kan? Jadi,gunakanlah sebaik mungkin.

Tiba-tiba adalah makhluk mendekatiku dan bertanya dengan penuh sopan."Rumah hang masak apa Pun (panggilan diorang)?",tersentak aku tiba-tiba.."Err,masak nasi beriani" Jawabku selamba. "Jom,pi rumah hang pa?" Dia mengatur tentatif. "Takpa lah, mai la rumah aku" Aku pun bersetuju tapi dalam hati berkata nasib baik lah aku masak lebih.Kalau tak, malu aku.

Cerita semasa makan,macam-macam gelagat..sampai merah muka diorang sebab menahan pedas,ada yang tergaru-garu kepala,berpeluh-peluh la,ada yang terus ke tandas lepas habis makan. Nak buat macam mana,memang rumah aku ni gila pedas. Makan apa pun mesti nak pedas-pedas. Kalo masakan tak ada unsur-unsur pedas pun kitorang mesti buat cili hidup tu sebagai ulam,sedap tau. Tapi hari raya tahun ni bermakna sebab kami sempat buat hidangan raya. Masa raya puasa lepas, rumah aku buat `openhouse` besar-besaran. Syukran ya ashabi sekalian. Korang memang best la.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...