Skip to main content

"Musyrif" untuk wanita tak bertudung?

(sekadar gambar hiasan)

Ummu ulfah (perubatan Mansurah)
: Sebab kalau musyrif ustazah,tak ada ujian,tapi kalau dengan budak yang tak pakai tudung ni... ujian paling besar la..sama ada kita mampu untuk jalankan tugas sabagai khalifah di muka bumi ini atau tidak.

Zahimi (Bahasa Arab,Mansurah) : Berkawan boleh,tak jadi salah tapi kita jangan redha dengan apa dia buat sebab memang islam suruh pakai tudung cumanya,kita boleh jadikannya sebagai medan dakwah kita iaitu jalan kita nak cari keredhaan Allah. Sebab manusia ada tangungjawab kepada penciptanya janji tak langgar syarak moga-moga Allah pimpin kita.

farah (Perubatan Mansurah) : Berbaik-baik dengan mereka, kemudian tegurlah. Itu lagi elok,mereka boleh terima dari yang ditegur oleh orang yang tak dikenali.

Pandangan Admin : kadang-kadang pandangan di sini yang selalu melabel-labelkan orang,membuat kita terlalu sempit pemikiran. Kalau kita jadi musyrif untuk pelajar yang tak bertudung,macam-macam orang akan kata. Padahal itu adalah baik untuk tugas dakwah,yang penting tahu batasannya. Tapi kalau musyrif untuk pelajar bertudung,tak ada pula orang nk kata kan? kenapa? Dinamakan "siqoh" ke kalau musyrif ustazah atau hilang siqoh kalau musyrif wanita tak bertudung? Kadang-kadang kalo kita main perli jer pada org tak pakai tudung ni,diorang bukan boleh terima sangat,jadi kita kena pandai cari jalan yang terbaik untuk tarik diorang ker jalan agama. tp ini pandangan saya..mungkin diri ini jahil,sila bagi tunjuk ajar kalau ada kekurangan.

Anisah Ali (Perubatan Iskandariah) : Menjadi 'Mushrif" tu sudah menjadi tanggungjawab si lelaki ke atas si perempuan.Tak kisahlah baik,yang bertudung labuh ke,pendek ke maupun yang tidak bertudung langsung.Jaga semua sama rata.Hak masing-masing "SAMA". Tentang kes ujian ni pula,bagi ana semua tu bergantung pada individu.Tak semestinya yang tak bertudung saje boleh beri ujian/dugaan yang besar pada si mushrif (Semak surah-An-Nuur:30,31). Elok si dia seorang wanita pasti ada saja tarikannya pada si lelaki. So,again yang bertudung ke tak bertudung ke "SAMA" je. Dari dua aspek yang disebut tadi,ana berpendapat bahawa tak-perlu-ada-apa-apa-persoalan,khilaf ataupun diskriminasi untuk seorang lelaki menjadi musfrif kepada wanita yang bertudung atau yang tak bertudung.Sekali lagi,Haq semua sama.

Dari sudut peluang dakwah pula,ana setuju bila menjadi mushrif pada yang "free-haired" ni,ambillah peluang.Gunakan Hikmah dan mauidhoh. Kalau rasa tak mampu,sampaikan pada kawan wanita dan minta kawan wanita tu sampaikan pada 'sis yang free hair' tu.Dan sesungguhnya itu yang lebih manis.

Hidayah itu milik ALLAH,dan Dia memberi hidayah pada org-org yang Dia kehendaki.Dari kita menjauh dari mereka dan biar mereka terus 'Tidak-tahu',kan lebih elok jika kita bantu mereka mencari cahaya. Yang terang pun nanti bukan dia sorang,tapi sama-sama terang. Apa-apapun,semuanyabergantung pada niat asal.Kalau dah niat tu nak menjadi mushrif semata-mata bagi menjamin keselamatan sisters tu,ikhtilat pun jaga,insyaALLAH tak ada timbul apa-apa masalah.Pandangan pandangan serong pun takkan ada,betul tak?. Ini semua sekadar pendapat,boleh jadi ana ada kurang mana-mana tegur-tegurlah.

Surah An-Nur(24) ayat 30: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka............"

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...