Skip to main content

Tenang-tenang aja...



Apakah yang telah berlalu hari ini? Cuba untuk tenang dan berlagak biasa saja. Melupakan hari semalam adalah yang terbaik dalam perancangan. Fokus kepada apa lagi yang bakal mendatang dan cuba untuk tidak lari darinya. Satu benda yang baik adalah menyelesaikannya.

Hari ini,bangun tidur terus tunaikan solat Subuh,kemudian seperti yang biasa dilakukan di Malaysia dulu,baca berita. Tapi masa kat Malaysia dulu,mintak duit kat mama pastu pergi beli surat khabar,naik kereta sambil pasang radio era pastu dengar Kairil ngan Keiran gaduh-gaduh. Indah betul waktu tu..

Kelas abis pukul 2 petang,tak perasan pulak Doktor Abd Rahman Haibah nak masuk hari ni. Mungkin dia dah janji tempoh hari..aku jer yang tak perasan. Selisih dengan doktor masa nak balik,tengok-tengok dia masuk mudarraj. Apa lagi kena patah balik la,walaupun mata dah berat gile nak join kelas,tapi kena kuatkan jugak. Mudah-mudahan berkat datang kelas tu Allah akan me'najah'kan kita,insyaALLAH.


Sampai kat rumah macam-macam benda nak buat,tapi kena call Malaysia kejap. Nadiah dah 3 kali 'call' suruh call Malaysia. Mula-mula takut jugak,kenapa tiba-tiba jer abuya suruh call,macam ade bende yang mustahak jer..haishh takut la pulak. Takpe tenang-tenang aja. Alhamdulillah bermula dengan salam,perbualan seperti biasa tapi mungkin aku agak senyap,maklum la dah lama kot tak call..atau mungkin jugak ade beberapa sebab yang berlaku antara kami kebelakangan ni,tapi tak serius..abuya gembira dapat bercakap sendiri dengan aku sampai dia berhentikan kereta sebab masa tu dia tengah drive..banyak dia bagi nasihat untuk "hidup".. tersenyum sekejap.

Kemudian bercakap pulak dengan mama, satu sokongan yang membina dari mama, bersabarlah dan usaha untuk pengajian ni.. tapi tak dapat bercakap lama,tak tahulah kenapa,aku hanya menjawab sepatah bila ditanya. Bila dapat bercakap dengan Iwan dan Yasmin,rasa gembira sangat hati ni..mungkin sebab terlalu rindukan mereka kot. Tapi rasa puas tu ade bila dapat berborak dengan diorang.

Comments

Dr Anisah Ali said…
:) Mampu tersenyum untuk kamu.

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...