Skip to main content

Damsik & Isketanbola


Alhamdulillah perjalanan yang dirancang sekian lama menjadi kenyataan,impian untuk menjelajah ke Syria dan Turki tercapai. Pengembaraan kami empat anak muda,Yaser Zanil (Selangor&Kaherah),Saiful Islam (Selangor& Mansurah),Shareez Sabri (Pulau Pinang & Mansurah ) dan Munif (Pulau Pinang & Damanhur) bermula di Mansurah. Kami membeli tiket terus dari Mansurah ke Syria dengan harga L.E 690 (120 dolar),tiket termasuk bas dan juga kapal laut. Bergerak pada pukul 8 malam terus ke pelabuhan Nuweiba`,kami sampai disana tepat jam 4 pagi. Disana kami perlu menunggu hingga jam 9 pagi untuk urusan imegresen. Kemudian pada jam 12 tengahari kami menaiki kapal,akan tetapi kapal hanya bergerak meninggalkan pelabuhan Nuweiba` pada pukul 3 petang. Keadaan yang terlalu lama menunggu menyebabkan fizikal kami menjadi terlalu letih,selepas makan tengahari kami merehatkan badan di kabin kapal sementara menunggu kapal berlabuh di pelabuhan Aqaba` Jordan. Setelah memakan masa hampir 6 jam di atas kapal akhirnya kami selamat sampai di pelabuhan Aqaba Jordan,jam 11 selesai urusan kami terus menunggu bas yang akan membawa kami terus ke Damsyik,Syria.

Masyarakat Syria berbeza dari segi percakapan dan kehidupan seharian,namun tidak terlalu jauh jika dibandingkan dengan masyarakat di Mesir. Paling ketara adalah dari segi percakapan mereka yang seakan begitu hampir dengan bahasa "Fasaha`" dan disulami dengan kelembutan berbicara yang begitu indah. Mempunyai raut wajah yang sederhana, menceritakan bahawa mereka adalah bangsa arab yang paling sopan. Jangan tidak percaya bahawa wanita-wanita mereka juga agak pemalu,diibaratkan oleh penuntut Malaysia di sana sebagai badadari kerana paras rupa yang merah dan putih. Matawang Syria dipanggil Lira, dinisbahkan 80 Lira bersamaan L.E 1. Bagaimanapun kos hidup sedikit tinggi berbanding Mesir. Dan kependudukan rakyat hanya tertumpu di Damsyik,dan kepadatan penduduk yang sama dengan Malaysia.

Disana kami tinggal di rumah penuntut Malaysia yang juga kenalan kepada Munif di Bab Sarijeh yang terletak ditengah Kota Damsyik. Sedikit bertuah sewaktu kami sampai disana mereka sedang bercuti. Kebanyakkan penuntut disini mengambil bidang pengajian islam di beberapa sekolah dan universiti sekitar Damsyik dan juga Halab (Aleppo) yang bersempadan antara Syiria dan Turki,namun keadaan keselamatan dari pihak berkuasa sering menghantui mereka kerana kelulusan pengajian tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Antara tempat mesti dilawati di tengah Kota Damsyik adalah seperti Jamie` Umawi yang menempatkan Makam Nabi Yahya (A.S),kepala Sayyidina Hussien dan Makam Salehuddin Al-Ayubi,kemudian di Bab saghir yang menempatkan beberapa makam para sahabat dan juga isteri Nabi muhammad (s.a.w),Souq Hamidi serta kepala para 'syuhada' perang Karbala dan Souq Towil yang terkenal dengan pusat membeli belah dan juga cenderamata,kemudian Souq Harami (pasar pencuri) sekadar untuk melawat kerana disini disediakan bermacam-macam barangan yang tidak diketahui statusnya. Disini juga kami menziarahi makam arbaein yang terletak di atas puncak bukit dan disini juga terletaknya makam nabi Zulkiflie dan pengasas kitab nahu Syarah Ibn Aqil serta makam Ibn Taymiyah di perkarangan pejabat Universiti Damsyik. Di sini tidak susah untuk berjalan tanpa 'musyrif' kerana kota ini tidaklah besar jika dibandingkan dengan Kaherah,dan kami juga sentiasa berjalan bersendirian. Jika datang ke sini,jangan lupa untuk merasai ais krim tumbuk yang dijual di Souq Hamidi dan juga manisan (halawiyat) Syria yang begitu sedap kerana masyarakat disini memakan manisan setiap waktu.

Antara tempat lain yang dibawa adalah menziarahi Bosra dan Nawa yang terletak di selatan Syria,di Bosra kami melihat beberapa tinggalan sejarah seperti gereja Buhaira dan Masjid Mabrak An-Naqah iaitu tempat singgahan Nabi (s.a.w) ketika pulang berniaga di Syam,kemudian binaan seperti Teater Rom dan istana Rom lama. Keadaan disini ibarat satu perkampungan lama kerana masih lagi mempunyai penduduk dan kawasan yang berperanggan. Di Nawa kami dibawa menziarahi makam Nabi Ayub (A.S) dan anaknya,dari sini jelas kelihatan Bukit Golan yang masih menjadi perebutan antara Syria dan Israel. Kemudian penjelajahan kami diteruskan dengan melawat 'hammam' Nabi Ayub (A.S). Menariknya ialah semasa kami dibawa menziarahi makam Imam Nawawi,sebatang pokok yang tumbuh dengan terukir nama Allah didahannya begitu istimewa. Untuk menyewa van ke Bosra dan Nawa hanya perlu membayar Lira 4300 bersamaan dengan L.E 450. Berkebetulan dengan kedatangan kami pada musim sejuk,maka kami tidak melepaskan peluang untuk merasa bermain salji disini. Kawasan pertanian berbukit di Bloudan yang bersempadan dengan Lubnan,memang sesuai untuk bermain salji kerana kawasan tanah tinggi yang luas juga dijadikan sebahagian dari kawasan perlancongan utama negara ini.

Seterusnya pengembaraan kami diteruskan ke negara Uthmaniah Turki. Kami bertolak dari Damsyik ke Istanbul pada pukul 10 malam dengan menaiki bas dengan tambang sebanyak Lira 2000 bersamaan dengan L.E 220 seorang. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam ke Antakya (sempadan Syria-Turki),dan sampai di Antakya tepat jam 4 pagi ditambah dengan kami perlu menunggu selama hampir 8 jam sebelum perjalanan disambung kembali. Setelah mendapat bas yang akan membawa kami terus ke Istanbul,perjalanan ini mengambil masa selama 16 jam. Jangan terkejut kerana segala yang diceritakan ini adalah prosedeur biasa dan yang ditetapkan.

Kami begitu teruja apabila kaki mula menjejakkan kaki di kota Istanbul,kota yang penuh dengan kontroversi suatu ketika dahulu. Keadaan negara Turki yang seakan-akan Malaysia kerana lebuhraya yang dibina dan struktur kilang juga sebahagian bangunan yang mirip dengan binaan di Malaysia menambat kerinduan kami. Keadaan yang begitu tenang disini menyebabkan kami melupakan sebentar Mesir. Anda tidak perlu bimbang jika datang kesini,ini kerana peta Istanbul ada dijual dan kemudahan komuter dan bas disediakan. Walaupun bahasa Turki memang berbeza,tapi kebanyakkan masyarakat khususnya di Istanbul boleh berbahasa Inggeris dan ada yang masih memahami bahasa arab. Kami bertuah kerana Morten sahabat kami berbangsa Jerman yang menuntut di Universiti Istanbul membantu kami untuk berkomunikasi dengan lebih mudah. Kami sampai di stesen bas yang terletak di kawasan Otoga,kemudian kami terus menaiki komuter untuk ke Stesen SultanHamet. Tambang untuk komuter adalah sebanyak Lira Turki 1.30 bersamaan L.E 3.70.

Sampai di stesen Sultan Hamet kami tersentak dengan keindahan landskap serta binaan Masjid Biru yang tersergam indah di selat Bosphorus dan rumput yang menghijau menggamit mata yang memandang. Selama disini kami menyewa hotel bajet selama 3 hari 3 malam termasuk sarapan pagi sebanyak 75 Lira Turki bersamaan L.E 255,dan banyak lagi hostel bajet disediakan yang terletak di belakang Masjid Biru. Banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Istanbul antaranya Muzium Hagia Sophea dan Istana Topkapi pada yang berminat dengan sejarah. Pada yang berminat untuk menonton perlawanan bola sepak domestik Turki,stadium pasukan utama ada di tengah-tengah Istanbul seperti Fanerbahce,Besiktas dan juga Galatasaray. Sambil berjalan elok juga kalau singgah sebentar menyelami keindahan seluruh kota dengan menaiki menara Galata dan bersiar dengan feri di selat Bosphorus. Rakyat turki menganuti pelbagai agama seperti majoriti islam,kristian,yahudi dan sebahagian yang lain seperti aties dan sebagainya,tidak hairanlah jika anda akan terserempak dengan masjid,gereja dan kuil yahudi. Sebelum pulang elok juga jika membeli belah di Grand Bazaar dan Egypt Bazaar,pelbagai barangan dijual sebagai cenderamata.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...