Semalam aku ke cafe Mosyam lagi. Kali ini kami berkumpul untuk malam terakhir bersama Shareez sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia. Meriah sungguh malam ini, disinari gelak tawa rakan-rakan yang lain. Hampir 10 orang kami berkumpul,ibarat perkumpulan 'usrah'. Sememangnya kami namakan perjumpaan ini dengan 'usrah',nampak lebih sopan sedikit ayatnya. Tapi mata aku sebenarnya mencari budak perempuan itu. Apakah dia ada lagi disini,aku mahu melihat kelibatnya 'bermain-main' disekitar cafe ini. Tiba-tiba mata aku terpaku pada seorang budak lelaki,pada mulanya aku fikirkan dia juga seorang pengemis kerana asyik melilau dikawasan ruang cafe. Rupa-rupanya dia mengambil upah membeli rokok pada pelanggan cafe yang ingin membeli rokok. "Kalau kat Malaysia ni,mesti dah kena maki orang yang suruh budak belikan rokok ni",bentak hatiku. Tapi aku masih tidak puas hati,mataku masih mencari-cari budak perempuan itu. Tak lama selepas itu,aku mampu tersenyum kerana di...
berjalan dan bermusafirlah