Skip to main content

Budak itu lagi..


Semalam aku ke cafe Mosyam lagi. Kali ini kami berkumpul untuk malam terakhir bersama Shareez sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia. Meriah sungguh malam ini, disinari gelak tawa rakan-rakan yang lain. Hampir 10 orang kami berkumpul,ibarat perkumpulan 'usrah'. Sememangnya kami namakan perjumpaan ini dengan 'usrah',nampak lebih sopan sedikit ayatnya.

Tapi mata aku sebenarnya mencari budak perempuan itu. Apakah dia ada lagi disini,aku mahu melihat kelibatnya 'bermain-main' disekitar cafe ini. Tiba-tiba mata aku terpaku pada seorang budak lelaki,pada mulanya aku fikirkan dia juga seorang pengemis kerana asyik melilau dikawasan ruang cafe. Rupa-rupanya dia mengambil upah membeli rokok pada pelanggan cafe yang ingin membeli rokok. "Kalau kat Malaysia ni,mesti dah kena maki orang yang suruh budak belikan rokok ni",bentak hatiku.

Tapi aku masih tidak puas hati,mataku masih mencari-cari budak perempuan itu. Tak lama selepas itu,aku mampu tersenyum kerana dia masih disini. Aku melihatnya dari jauh,sambil berborak dengan rakan-rakanku yang lain. Aku cuba meneka apakah yang dilakukannya disini. Aku perhatikan caranya menegur pelanggan sambil menguyah kacang,caranya berjalan dari meja ke meja,caranya minum.

Tiba-tiba aku tersentak apabila seorang wanita lingkungan 20-an berjalan dengan agak pantas melintasiku dengan wajah yang garang terus menarik dengan kasar budak perempuan itu, pantas buat aku ingin lagi tahu siapakah dia. Kasihan sungguh,aku agak kesal dengan layanan sebegitu. Tapi kejadian tersebut menceritakanku apakah pekerjaan budak perempuan tersebut. Rupa-rupa dia mungkin membantu keluarganya menjual jagung bakar,kerana perempuan yang menariknya tadi tanpa ku ketahui sebabnya itu pergi semula ke dapur membakar jagung.

Lama aku disitu,tapi aku tak berpeluang untuk bertanyakan sesuatu padanya...

Comments

Dr Anisah Ali said…
Mungkin yang tariknya tu adalah kakak angkatnye.Siapa tahu. :P

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...