Skip to main content

Budak kecil itu.

(sekadar gambar hiasan)


Tenang malam Mansurah ketika ini menenangkan fikiranku seketika,sambil menghirup rozel aku menyelak helaian kitab Fiqh Manhaji Imam Syafie. Ake keseorangan malam ini,tidak seperti hari-hari lain ditemani helai tawa rakan-rakan. Sejak peperiksaan melabuhkan tirai,masing-masing punya urusan sendiri,ada yang sibuk bersiap untuk pulang ke Malaysia,ada yang mula melangkah untuk pergi bercuti dan sebagainya.

Aku masih disini,menyiapkan apa yang belum disudahkan. Mungkin selepas ini aku juga akan menyertai rakan-rakan lain di Kaherah. Tapi dalam kotak fikiran ini sendiri tak pasti apakah program khusus untuk musim panas ini.

Sejenak aku dibawah neon malam itu,datang seorang budak perempuan berambut kerinting halus keperangan,wajahnya persis adikku Balqis. Dia bertanyakan padaku apakah aku ingin membeli kacangnya,aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Dengan sopan dia tersenyum kemudian berlalu pergi,ketika itu aku anggap itu hanya fenomena biasa di Mesir. Sedang leka aku malam itu di cafe Mosyam Hayy,tiba-tiba budak itu menarik perhatianku lagi,kali ini dia cuba membantu pekerja cafe itu membawa botol-botol shisha.

Kali ini aku begitu tersentap,masakan budak kecil patut buat kerja-kerja sebegini. Sepatutnya dia di rumah mengulangkaji pelajaran,atau setidak-tidaknya bersama kawan-kawannya di taman menikmati malam musim panas. Tapi aku sedar,ini Mesir. Mereka terpaksa berjuang untuk hidup,tiada istilah berhenti kecuali mati. Yang kaya akan kaya dan yang miskin akan terus miskin.

Tapi kehadiran budak itu betul-betul membuat aku berfikir dan setidak-tidaknya untuk muhasabah kembali,dan syukurku dilahirkan dalam keluarga yang mampu. Kupohon pada tuhan agar diampunkan dosa kami dan anak kecil itu,tiada apa bagi kami dan dia didunia ini melainkan rahmatMU.

Comments

Dr Anisah Ali said…
MASYAALLAH...

Pleasant.

tenang baca.

membawa saya ke daerah mehasabah juga.

May ALLAH shower you HIS blessings and LOVE for what you feel towards others.

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...