Assalamualaikum, Minggu-minggu menghampiri peperiksaan ni,macam-macam ujian mendatang bertali arus ibarat satu gelombang. Antaranya adalah keputusan pihak atasan Universiti Al-Azhar yang mencadangkan perpindahan semua penuntut wafidin (Pelajar asing) ke Kaherah,maka telah diadakan satu pertemuan dua hala antara pihak universiti dengan pelajar. Perbincangan yang membangkitkan hal-hal semasa seperti mana yang diatas,kemudian masalah-masalah yang berbangkit juga permasalahan perkuliahan.Pada mulanya majlis berlangsung agak harmoni dengan bacaan Al-Quran oleh wakil majlis perwakilan pelajar universiti (pelajar arab). Kemudian kata-kata aluan oleh dekan kuliah. Namun majlis bermula tegang apabila wakil syuun kuliah mula menyalahkan penuntut-penuntut wafidin dalm pelbagai masalah,ditambah lagi dengan pengumuman wakil syuun wafidin Kaherah yang mahukan penukaran penuntut ke Kaherah. Pertanyaan bertali arus dari pihak penuntut juga membuatkan mereka (wakil syuun wafidin) tak senang duduk denga...
berjalan dan bermusafirlah