Skip to main content

Merpati 2 sejoli. Anisah buah hatiku.



Assalamualaikum,

Lama dah tak menaip,memang lama sangat. Entahlah kenapa tiba-tiba rasa malas nak mengadap depan komputer lama-lama. Alhamdulillah cuti musim panas yang lepas aku berkesempatan untuk pulang ke Malaysia. Penuh cerita,macam-macam berlaku sepulangan aku hanya 2 bulan. Maklumlah dah 4 tahun tak menjengah negara asal,bila mula-mula menjejak kaki di Malaysia yang kebetulan baru lepas hujan terasa nikmat yang tak terkata. Angin segar menyapa muka yang kering ni,tiba-tiba aku disentap dengan kehilangan bagasi. Puas menunggu tapi bagasi aku tak juga muncul,perasaan gelabah dah mula mencengkam. Akhirnya aku buat laporan kehilangan bagasi,redha akan ketentuan ilahi mungkin ada yang tak kena. Alhamdulillah bagasi aku dapat dikesan terbang ke Canada,mungkin kesilapan semasa urusan 'check-in' di Mesir kot. Aku menaiki penerbangan Royal Jordan,penerbangan yang terpaksa singgah mendarat di Amman dan Bangkok. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana selama kepulangan ke Malaysia aku dapat meluangkan masa dengan adik-beradik,mereka semua pun dah besar. Huda pun dah pakai kereta sendiri,senanglah kami adik-beradik nak bergerak. Mama pula baru dapat hadiah kereta baru. Senang sikit mama nak ke sekolah untuk mengajar. Tapi baki 2 kereta lagi tu ibarat menunggu ajal. Sang kancil dah berusia memang sesuai untuk buat kenderaan ke kebun,tapi sumbangan dia terhadap keluarga kami memang besar. Buat sang naza ria pula sumbangan kau amat berguna masa kami semua adik beradik masih kecil,tapi sekarang kau pula sakit tenat,memang kami simpati dengan keadaanmu.

Alhamdulillah,adik-beradik membesar dengan baik tanpa ada masalah,suka aku melihat telatah iwan dan yasmin. Hari-hari bergaduh,tapi bila tinggal mereka berdua sahaja di rumah. Ibarat jari dan kuku memang tak boleh dipisahkan. Iwan pula memang suka nak menyandeng denganku. Pantang tengok aku bersiap nak keluar pasti ditanya, sebab nak ikut sekali.



Dan paling menggembirakan,keluarga telah menyatukan aku dan Anisah dalam satu upacara akad nikah yang mulia. Setelah 2 tahun berkenalan,akhirnya bersatu jua kami. Alhamulillah ku panjatkan kesyukuran pada ilahi,akhirnya inilah jodohku penyimpan rusuk kiriku. Aku bernikah di Masjid Wilayah Jalan Duta pada 8 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 17 September 2010 iaitu hari Jumaat. Hujan yang mulanya agak lebat membasahi bumi Kuala Lumpur agak melambatkan pergerakan kenderaan,tapi dengan rahmat Allah, ini lebih menenangkan fikiranku. Tepat jam 10 pagi,aku dengan rasminya menjadi suami kepada Nuranisah Ali dengan sekali lafaz. Aku dapat melihat muka-muka ceria dan tak kurang pula yang tak habis-habis menangis lagi,mungkin kerana terlalu gembira dengan kelancaran majlis. Untuk pengetahuan,untuk melangsungkan perkahwinan di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah,lebih-lebih lagi bagi pasangan yang melakukan semua kerja dengan sendiri. Banyak perkara yang tidak boleh ambil mudah.



Selesai upacara majlis akad nikah,aku bergegas pulang ke rumah Anisah di Dato' Keramat untuk solat jumaat,kemudian berehat sebentar sebelum ke Hotel Renaissane untuk persediaan majlis kesyukuran di sebelah malam. Aku dan Anisah agak lewat juga sampai di hotel. Kemudian terus ke bilik untuk persiapan kerana pihak hotel menyediakan 3 bilik untuk kegunaan kami secara percuma selama satu malam. Aku agak tenang saja pada malam itu. Kali ini kami diraikan dalam satu majlis kesyukuran yang sederhana yang penuh dengan adat budaya melayu johor. Malam itu aku agak kepenatan setelah melayan tetamu ditambah pula dengan sesi bergambar,memang memenatkan. Selesai majlis aku dan Anisah duduk berehat sambil berborak dengan 'ad-hoc' majlis. Kami hanya menyerahkan urusan majlis ini pada rakan dan keluarga terdekat sahaja,dan ini membuatkan majlis kenduri kami lebih 'sempoi' dan amat kekeluargaan. Selesai semuanya kami semua terus ke bilik masing untuk berehat untuk menunggu episod yang seterusnya pada hari esok.



18 September 2010/9 Syawal 1431 Hijrah.

Hari ini kenduri di sebelah Anisah di taman keramat. Awal juga aku bangun,selesai solat subuh terus melompat ke katil,rasa penat semalam tak habis lagi. Aku menghabiskan masa di dalam hotel sampai ke petang, terasa malas lagi nak keluar. Kawan-kawan yang lain awal-awal lagi dah berangkat pulang,ada kerja yang diorang nak siapkan di keramat. Tapi aku kena paksa untuk bersiap,takut majlis tak berjalan pulak. Hari ini,dengan rasminya aku menjadi pemandu tetap untuk bidadari hidupku Nuranisah Ali. Terasa bangga pula bila memandu kereta disampingku ada seorang wanita jelita. Tapi sebelum sampai ke rumah aku saja-saja nak singgah ke Wangsa Walk nak beli chocklate shake kegemaran. Selesai membeli terus aku memandu pulang ke rumah,jaraknya pun tak jauh cuma 15 minit memandu kereta.

Dan malam ini kenduri agak meriah dengan adat istiadat melayu Johor. Jarang dapat lihat acara kebudayaan macam ni,tapi kali ni aku pula yang merasa. Pada pendapat aku sendiri,wajar diketengahkan adat melayu terdahulu selagi mana tak bercanggah dengan agam,cuma acara 'tol' patut di'hazafkan' kot..hehehe.



Selesai majlis,seperti juga semalam kami melepak sambil berborak dengan 'ad-hoc' program,bercerita tentang perjalanan majlis. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Penuh keceriaan dan senyum tanda kepuasan,masing-masing menghela nafas keriangan selepas selesai majlis. Dalam pada itu,aku terfikir bagaimanakah keadaannya di rumahku pula,macam mana dengan persiapan? kesian kat abuya,tak cukup kakitangan untuk bantu dia memasak,ramai juga yang tak dapat hadir kerana ada masalah tertentu. Aku buang sebentar kerisauanku itu,aku menyertai rakan-rakan yang lain untuk membuka hadiah yang masih berlonggok di ruang tamu tingkat atas rumah.


>

19 September 2010/ 10 Syawal 1431 Hijrah.

Hari yang tenang,kulihat khemah-khemah majlis malam tadi masih lagi utuh berdiri,tenang sungguh pagi ini. Pohon menghijau di depan rumah membuatku terasa nyaman sekali. Mami menjemputku untuk sama-sama sarapan pagi. Tak kelihatan Anisah,kemana entah dia menghilang. Aku menjemput Muha makan sekali. Muha adalah anak angkat Baba,dia berasal dari Qatar umurnya pun sebaya denganku. Dia memang berbeza dengan arab yang pernah aku kenal. Mungkin faktor di Malaysia ini buat dia lebih memahami rakyat Malaysia. Sekaligus buat dia tak ubah seperti rakyat tempatan,tak kekok untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat,selesa berkain pelekat dan makan makanan pedas.Dia sudah hampir 4 tahun di sini kerana melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Damansara. Kami bersarapan bersama,kebetulan Abang Gaban ada bersama kami,dia menghadiahkanku sebuah jam tangan antik. Katanya dia tak sempat nak belikan kami apa-apa hadiah maka jam itu sebagai ganti. Jam antik yang memang menarik tapi sayangnya aku tak boleh gunakan kerana disaluti emas tulen,tapi tak mengapa akan aku buatkannya bingkai yang cantik untuk dijadikan hiasan.



Tepat jam 1 petang kami semua berangkat ke Cheras. Jarak dari Keramat ke Cheras tidaklah jauh sangat hanya mengambil 20-30 minit jika highway MRR2 tak sesak. Kami sampai agak lambat sebab menunggu kedatangan beberapa ahli keluarga sebelah Anisah. Sampai sahaja di rumahku,rakan-rakan sudah lama menanti. Bila kami tiba di pintu gerbang penuh cahaya kamera menerpa muka yang sudah berminyak ini. Rindu terubat bila sahabat handai dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah dicampur dengan kehadiran rakan-rakan dari Mesir memeriahkan lagi majlis ini. Alhamdulillah,dapat jugak bertemu sahabt lama. Memang susah nak berkumpul semula bila masing-masing sudah terikat dengan haluan sendiri. Harapkan majlis seperti ni sahaja yang dapat berhimpun kembali.



Alhamdulillah selesai catatan sempena perkahwinan aku dengan Anisah,jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada semua tenaga kerja yang langsung atau tidak langsung,terutama kepada sanak-saudara kedua-dua belah pihak. Sekalung ucapan terima kasih juga pada yang banyak bersusah payah kepada Abuya dan Mama,Baba dan Mama,Aisyah,Angah,Nadiah,Huda,Masyitah,Balqis,Ridhwan dan Yasmin. Tidak akan dilupakan pada Kak Salina,Iefiz,Nabihah,Atiyah,Shahid,Aaman,Hadi,Auni yang telah banyak membantu,pada kru yang terlibat,kaum keluarga yang tak putus-putus memberi sokongan untuk menjayakan majlis pernikahan kami. TERIMA KASIH sehingga berjumpa lagi.

Comments

H.E.L.W.A said…
tahniah.. semoga berkekalan hingga syurga~~ Barakallahu Fi Kum....
Saiful Islam said…
Syukran atas doa. :)

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...