Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

19 hari usia Bunnies

Assalamualaikum, Alhamdulillah pagi tadi huda (adik) dah upload gambar anak-anak arnab lagi,kali ni diorang dah besar sampai dah boleh berlari. Mama mesti dah tak geli nak tengok arnab-arnab tu. Tapi kesian sebab bila diorang makin membesar,rumah diorang pun jadi sempit. Lepas ni dah kena beli rumah yang besar sikit,takpe-takpe insyaALLAH ada rezeki nak buat rumah baru. Mintak maaf,gambar tak berapa nak clear,pakai handphone agaknya. :)

JOM! Kempen selawat 2 minit

Assalamualaikum, Untuk entry kali ini suka aku namakan sebagai 'kempen' selawat atas junjungan besar Rasulullah (SAW) walaupun hanya 2 minit. Kenapa hanya 2 minit? Jom kita buka minda seluas-luasnya,aku hanya ingin kita sebagai manusia yang beriman dengan ajaran islam membawa agama dengan cara yang sederhana dan mudah. Bayangkan seharian kita disibukan dengan pelbagai pekerjaan sampaikan makan dan tidur pun kita tak sempat. Tapi marilah kita mencari keberkatan dalam seharian kita dengan mengingati Rasulullah (SAW) walaupun hanya 2 minit. Tak lama,cuma 2 minit sahaja yang diperlukan tapi lagi lama lagi afdhal terpulang kepada anda. Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, hari ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat. 1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sek...

Zubair Bin Awwam

Assalamualaikum, Untuk entry kali ini aku nak bawa satu kisah sahabat Rasulullah (s.a.w) iaitu Zubair Bin Awwam yang dikenali antara 'assabiquunal awwaluun' iaitu sahabat terawal (memeluk islam). Dia masuk Islam pada usianya yang masih muda, 15 tahun. Setiap kali nama Thalhah disebut pasti nama Zubair juga disebut. Dan setiap kali disebut nama Zubair, nama Thalhah pun pasti disebut. Sewaktu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabatnya di Makkah sebelum hijrah, beliau mempersaudarakan Thalhah dengan Zubair. Sudah sejak lama Rasulullah (S.A.W) bersabda tentang keduanya secara bersamaan seperti sabda beliau, “Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di syurga.” Kedua-duanya masih dari keturunan Rasulullah (S.A.W). Thalhah masih keturunan sebelah datuk Rasulullah yang bernama Murrah bin Ka’ab, sedangkan Zubair masih keturunan datuk Rasulullah yang bernama Qusai bin Kilab. Shafiyah, ibu Zaubair, juga ibu saudara Rasulullah. Thalhah dan Zubair mempunyai banyak persamaan da...

Salman Al-Farisi yang berjiwa besar

Selain mukjizat Al-Quran yang diturunkan Allah kepadanya dan sabda-sabdanya (as-sunnah) yang keduanya dijadikan sebagai petunjuk bagi umat manusia, Rasulullah juga telah membentuk dan mewariskan sahabat-sahabat yang mulia dengan karakter yang unik dan memiliki potensi dan kecekapan yang berbeza-beza tetapi akhlak mulia menempatkan mereka pada jalur dan tujuan yang sama. Kita kenal para khulafa ar-rasyidin Abu Bakar Assiddiq, Umar Bin Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib,mereka adalah pemimpin dan penegak panji Islam setelah rasulullah wafat. Bagaimana kepemimpinan mereka ketulusan dan keikhlasan mereka mungkin kita telah mendengar atau membacanya dan sangat menarik untuk diikuti. Dalam sirah sahabat kali ini akan menceritakan tentang Salman Al Farisi sahabat dari Persi (Iran), Seorang pemuda yang gagah lagi berharta tetapi kesungguhan, keikhlasan dan kesabarannya dalam mencari kebenaran hakiki telah menempatkannya menjadi salah satu sahabat mulia. ****** PENCARI KEBENARAN Mari...

Bunnies diusia 9 hari

Assalamualaikum, MasyaALLAH terpegun aku bila dapat tengok anak-anak Tulip dan Handsome membesar. Inilah perkara yang paling best kalau ada binatang peliharaan. Dulu masa tingkatan 1, aku ada jugak bela arnab,lama aku bela tapi tak bunting-bunting. Bila cek,rupanya dua-dua jantan. Sekarang ni baru ada peluang. Bila dah dapat tengok anak-anak arnab ni mula nak membesar rasa puas sangat. Aku dan Anisah dah sepakat nak bagi diorang ni nama. Yang kelabu penuh tu nama dia 'winter' sebab dia macam pakai baju sejuk penuh,dan yang separa penuh tu nama dia 'spring' sebab dah nampak kurang sejuk,baki yang hitam tu 'autumn' dan 'summer'.

Jaga bakal mama

Assalamualaikum, Alhamdulillah,hari ni bila tengok keadaan 'mama' yang dah kurang alahan dia. Kesian sangat kat 'mama' bila datang alahan yang teruk sampai tak boleh nak makan atau bau dapur. Dulu ingatkan kalau mengandung ni sakit masa nak beranak je,tapi rupanya dalam 'perjalanan' lagi dah kena. Harap-harap lepas ni takde dah alahan yang teruk-teruk. 'Mama' selalu doa,harap-harap dengan alahan dia yang kuat ni mudah-mudahan boleh dapat anak lelaki..insyaALLAH. 'papa' ni pun kena la kuatkan sabar,sekali-sekala tak boleh memasak kat rumah sebab sayang kat 'mama' yang tak boleh bau masakan. 'Mama' makin sensitif dengan bau,dah jadi pakar membau. Pantang ada bau pelik sikit je dia dah boleh ditect ,power jugak hidung 'mama' sekarang. tu pasal kalau 'papa' nak masak atau nak makan benda pelik-pelik kena mintak izin dengan 'mama',kalau dia senyum ok la,tapi kalau dia lambat respon atau mulut dia lain macam sik...

Mama Tulip,Papa Handsome.

Assalamualaikum, Alhamdulillah,semalam Sabtu 11 Jun 2011, Tulip selamat melahirkan 7 ekor anak,tapi 3 daripadanya meninggal tak tahu punca. Ceritanya macam ni, semalam adik aku bawak Handsome dengan Tulip pergi klinik sebab dua-dua kena jangkitan dekat kaki. Penyakit ni memang biasa kat arnab,cuma aku terlupa nak bagitahu dekat diorang suruh bawak pergi jumpa doktor. Sepatutnya dalam usia 2 bulan lebih dah kena pergi bawak klinik. Sekarang ni usia diorang dah dekat 6 bulan,dah dewasa sangat dah. Bila sampai je klinik,adik aku uruskan semua dan doktor pun bagitahu kena ambil ubat cucuk sebab kaki dia dah teruk sikit,Handsome nampak teruk mak aku cakap,tapi Tulip kurang sikit. Bila sampai je kat rumah macam biasalah,adik aku pun masukkan dalam sangkar. Lepas tu mak aku nak keluar rumah,tiba-tiba dia nampak anak arnab kat luar sangkar,apa lagi menjerit la sebab mak aku ni geli tengok benda-benda ni. Mak aku panggil adik-adik aku turun suruh uruskan arnab-arnab tu. Sampai sekarang mak aku ...

Nak cari beg?

Assalamualaikum, Hari ni saja nak gatal menulis lagi, baik pada sesiapa yang hendak merantau jauh-jauh masa 'summer break' ni mungkin ada dikalangan korang yang takde beg lagi kan? Jadi aku hanya sebagai penunjuk jalan. Kot-kot ada dikalangan korang ada yang nak beli beg pack. Paham-paham je lah,kat Mesir ni masih kurang lagi kedai-kedai yang jual tak macam Malaysia kita siap ada pilihan nak beli yang mahal atau murah. Ok,antara tempat yang ada menjual antaranya di: City Star,Cairo (Dekat tingkat bawah sekali sebelah dengan pasaraya dan escalator) Carrefour Alexandria (Kedai Vans,kat sini mahal sikit tapi kalau yang berminat silakan) Carrefour Maadi (Kat sini aku tak brapa nak pasti,sebab aku pun sampai sekali jer.)

Tempahan Jersi Pasukan Asia Tenggara

Assalamualaikum, InsyaALLAH kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki jersi pasukan asia tenggara sebagai koleksi,bolehlah menempah dengan saya. Dan tempahan jersi sempena Euro 2012 juga insyaALLAH akan diiklankan. (Malaysia) (Indonesia) (Thailand) (Singapore)

Tempahan jersi bolasepak

Assalamualaikum, Pada kawan-kawan di Mesir terutamanya di Mansurah dan Alexandria juga di Kaherah. Berita baik untuk kalian. Pada sesiapa yang ingin menempah sebarang jersi bola sepak 2011/12. Boleh menempah dengan saya. Harga dan saiz masih belum ditetapkan lagi. InsyaALLAH,bila stok dah sampai harga akan diumumkan,jangan risau! Sebab harga yang ditetapkan berpatutan,InsyaALLAH. Pesanan pengedar : Gambar dibawah hanyalah sebahagian sahaja,kalau ada permintaan sila kemukakan. (Real Madrid Home) (Real Madrid Away) (Manchester City Away) (Olympique Lyon Home) (Liverpool Away) (Chelsea Home) (Manchester United Home) (Barcelona Home) (Barcelona Away) (Arsenal Home) (Bayern Munich Home) (AC Milan Home)

Dah mengandung?

Assalamualaikum, Minggu lepas aku dapat berita yang menggembirakan,alhamdulillah ini anugerah dari Allah s.w.t. Isteri tercinta sedang hamil. Masa cek baru ni,doktor kata dah 5 minggu 6hari. Tapi kalau ikutkan sekarang ni dah 6minggu lebih dah. Badan Anisah pun dah jadi macam orang mengandung yang lain cuma bentuk fizikal tak berubah sangat. Cuma apa yang aku risau takut dia ada alahan yang teruk. Sekarang ni pun dia dah rasa mual-mual. Tak boleh nak bau yang pelik-pelik,bau makanan pun tak boleh. Sekarang ni dia dah tak boleh nak telan nasi. Tapi sebelum ni pun memang biasa dia tak makan nasi. Pasta pun tak boleh jugak,jadi aku sarankan makan buah epal. Tapi kena jugak makan yang berat-berat untuk tenaga dia. Harap-harap dia boleh jugak telan sekurang-kurangnya roti. Kalau sesiapa ada petua-petua boleh lah kita kongsi ye! Walaupun ni kali pertama jaga sendiri isteri yang mengandung,tapi bukanlah masalah sebaliknya cabaran dan pengalaman. Teruja juga nak tengok anak sendiri,mudah-mudah...

Tawsil ila baitukom

Assalamualaikum, Untuk info kepada rakan-rakan yang berada di Mesir,pada yang masih tak tahu lagi. Sekiranya korang semua malas nak keluar rumah untuk membeli makanan segera ataupun kurang segera. Bolehlah melayari laman web otlob.com untuk memesan makanan pilihan anda,dan disini juga ada bermacam-macam rangkaian restoran yang terpilih. Selamat mencuba!

Kalau gambar ini menarik silalah undi

Saja jari ni berjalan-jalan,ramai pula yang ikut serta dalam pertandingan gambar Nikon jadi alang-alang ada peluang ni baik masuk kan? Jadi kepada sesiapa yang terasa gambar ini patut diundi silakan undi. Layari laman web ini : Nikon Asia D5100