Skip to main content

Abu Dzar Al-Ghifari


Lembah Waddan adalah sebuah kawasan penting yang terletak di antara Mekah dan Syam, merupakan jalur perlintasan kafilah dagang yang strategi. Di lembah itulah tinggal suku kaum Ghifar yang terkenal. Mereka hidup dengan mengutip cukai daripada setiap rombongan kafilah yang melintas, bahkan juga merompak kafilah yang tidak membayar sesuai ketentuan yang mereka tetapkan.

Pada suatu masa,ada salah seorang anggota suku Ghifar mengalami kegelisahan luar biasa kerana mendengar akan berita tentang kedatangan nabi baru di kota Mekah. Jundub bin Junadah, nama seorang suku itu yang kemudian dikenali sebagai Abu Dzar, merasakan kegelisahan itu begitu bergelora sampai akhirnya mendorong dirinya berangkat ke Mekah untuk mencari kesahihan sumber beritanya. Kemudian dia meminta adiknya Anis untuk menyiasat kesahihan berita tersebut. Sebaik sahaja Anis pulang,maka dia menyampaikan akan berita tentang kedatangan Nabi yang baru itu. Maka datanglah Abu Dzar ke kota Mekah dan terus jatuh cinta dengan ajaran Muhammad pada pertemuan pertama.

Abu Dzar adalah orang kelima atau keenam yang mula-mula masuk Islam. Dialah orang yang berani mendedahkan keislamannya di tengah keramaian kota Mekah. Dirinya menjadi mangsa kerana sering dipukul warga Mekah waktu itu,sehingga dileraikan oleh Ibnu Abbas yang mengingatkan warga Mekah bahawa Abu Dzar adalah warga Ghiffar yang akan menuntut balas jika mereka membunuhnya.

Abu Dzar sangat mencintai Rasulullah dengan segenap jiwa raganya. Suatu ketika, dalam perjalanan menuju perang Tabuk (9 H), Abu Dzar tertinggal kerana untanya lambat untuk diurusnya. Kerana semakin tertinggal dari rombongan Rasulullah, Abu Dzar memutuskan untuk berjalan kaki. Mengetahu hal tersebut, Rasulullah memutuskan berkhemah di tempat terdekat. Lama mereka menunggu di tengah panas terik padang pasir,hingga akhirnya terlihat seorang lelaki berjalan mendekati kelompok muslimin. Seorang sahabat berseru, “Ya Rasullah, itu Abu Dzar!!” dan Rasulullah berkata, “Semoga Allah mengasihi Abu Dzar, ia berjalan sendirian, akan meninggal sendirian, dan dibangkitkan kelak pun sendirian”.

Abu Dzar tiba dengan tubuh lemah dan pucat pasi karena kehausan. Rasulullah hairan kerana tangan Abu Dzar menggenggam sebungkus air minuman. “Kamu punya air tetapi kamu nampak kehausan?“, tanya Rasulullah. “Ya Nabi Allah, di tengah jalan aku sangat kehausan sampai akhirnya aku terjumpa air yang sejuk. Aku bimbang Nabi juga merasakan kehausan yang sama, maka tidaklah adil jika aku meminum air ini sebelum Nabi meminumnya” jawab Abu Dzar. Subhanallah, begitu besar cinta Abu Dzar kepada sang Nabi.

Setelah Rasulullah wafat, Abu Dzar meninggalkan kota Madinah, untuk berdakwah dan mempertahankan nilai-nilai kehidupan dari pencemaran kenikmatan dunia. Hidupnya semakin terasing kerana perbezaan pendapat dengan penguasa saat itu. Sabda Rasulullah tentang kesendirian Abu Dzar terbukti, ketika pada tahun 32 H, tiada yang menemani pemergiaanya kecuali isteri dan anaknya. Menjelang kewafatannya, beliau berwasiat kepada isteri dan anaknya itu agar keduanya yang memandikan dan mengkafaninya.

Tatkala Abu Dzar meninggal, keduanya pun melakukan apa yang diwasiatkannya lalu meletakkan beliau di pinggir jalan. Ketika itu berlalu Abdulah bin Mas’ud dan sekelompok rombongan dari Iraq untuk menunaikan umrah. Mereka melihat sebuah jenazah di pinggir jalan yang disampingnya ada seekor unta dan seorang anak yang berkata, “Ini adalah Abu Dzar sahabat Rasulullah, maka tolonglah kami untuk menguburkannya”.

Maka, Abdullah bin Mas’ud pun menangis dan berkata, “Sungguh telah benar Rasulullah, beliau bersabda bahawa Abu Dzar, dia berjalan pergi sendirian, dan meninggal pun dalam bersendirian, dan akan dibangkitkan dalam bersendirian pula”.

Itulah Abu Dzar Al Ghifari, yang dipuji oleh Rasulullah dalam sebuah sabdanya, “Bumi tidak pernah menadah dan langit tidak pernah menaungi orang yang lebih jujur daripada Abu Dzar”

Comments

Anonymous said…
kenapa beliau di namakan Abu Dzar yer..?Apa maksud Dzar?
Anonymous said…
Dzar..bermaksud wangian,sebab anak dia yang pertama bernama Dzar.
Anonymous said…
ooowhhh...syukran jazilan..

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....