Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

TIPS MELANCONG JIMAT

Assalamualaikum, hai apa khabar semua? Dalam tak buat apa-apa kat rumah waktu cuti ni,aku nak isi masa lapang waktu cuti ni dengan menulis sikit. Tengah-tengah nak cari tajuk aku terfikir nak kongsi pasal tips-tips bila melancong. Rata-rata semua orang ada keinginan untuk melancong walaupun sekali seumur hidup kan? Tipulah kalau tak ada langsung hasrat untuk melancong. Cuma kadang-kadang orang kita ni tak tahu nak mula daripada mana, sebab bila sebut pasal melancong mesti akan terfikir kena pergi dengan ejen dan sebagainya kan? Ok dibawah ni aku akan senaraikan serba sedikit pengalaman aku bila melancong. Selalunya aku akan travel sendiri, tak pernah lagi aku pakai ejen pelancongan walaupun kadang-kadang tu korang boleh dapatkan travel eksklusif gaya ala raja kalau pergi dengan ejen. #1 BUAT KAJIAN Ok,mula-mula sekali sebelum korang nak pergi berjalan ke satu-satu tempat atau negara,pastikan korang study dulu pasal keadaan tempat tersebut. Jangan la main redah je,nanti karang a...

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...

Butterton 2018 #2

Perjalanan kami bermula seawal jam 4 pagi. Aku memang dah 'warning' siap-siap kereta mesti sampai depan rumah aku jam 4 pagi kalau tak cancel je trip haha. Tapi berjanji dengan diorang ni senang, sebab masing-masing pandai jaga masa. Dan kami pun terus mulakan perjalanan dengan jayanya.  Perjalanan ke Butterton ni tak lama sangat pun, sebab memang niat asal aku nak cari tempat yang tak jauh sangat dan tak dekat sangat dengan London. Tak silap aku perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Ok lah kan, takda la penat sangat. Kami singgah solat subuh di hentian rehat, dalam jam 6 pagi, hentian rehat pun nampak lengang je,tapi tak lama lepas tu ramai pula orang mula singgah. Kami buat selamba je solat dalam kawasan tu. Apa nak hairan kan, solat je pun.  Kami teruskan perjalanan selepas tu dan sampai di sana dalam pukul 7 pagi. Cuaca di Butterton sangatlah sejuk kalau nak dibandingkan dengan London, pemandangan pula subhanallah sangatlah indah. Dikelilingi denga...