Skip to main content

Butterton 2018 #2




Perjalanan kami bermula seawal jam 4 pagi. Aku memang dah 'warning' siap-siap kereta mesti sampai depan rumah aku jam 4 pagi kalau tak cancel je trip haha. Tapi berjanji dengan diorang ni senang, sebab masing-masing pandai jaga masa. Dan kami pun terus mulakan perjalanan dengan jayanya. 

Perjalanan ke Butterton ni tak lama sangat pun, sebab memang niat asal aku nak cari tempat yang tak jauh sangat dan tak dekat sangat dengan London. Tak silap aku perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Ok lah kan, takda la penat sangat. Kami singgah solat subuh di hentian rehat, dalam jam 6 pagi, hentian rehat pun nampak lengang je,tapi tak lama lepas tu ramai pula orang mula singgah. Kami buat selamba je solat dalam kawasan tu. Apa nak hairan kan, solat je pun. 

Kami teruskan perjalanan selepas tu dan sampai di sana dalam pukul 7 pagi. Cuaca di Butterton sangatlah sejuk kalau nak dibandingkan dengan London, pemandangan pula subhanallah sangatlah indah.

Dikelilingi dengan ladang dan padang rumput yang terbentang luas tersangatlah tenang. Butterton ni kampung je,kedudukan pula diatas bukit. Jadi,untuk sampai di rumah penginapan kami ni, kami perlu memandu menuju keatas bukit dan mengambil masa hampir setengah jam. Pekan yang besar disini ialah 'Leek'. 

Masa nak ambil kunci rumah pula ada ceritanya. Sebenarnya tuan rumah dah cerita satu-persatu di mana dia letak kunci rumah. Jadi tak perlu pun nak ketuk rumah awal pagi tu. Aku pula lupa nak baca habis arahan di web airbnb, kesian kat tuan rumah dengan baju tidur keluar rumah melayan kitorang. Kunci rumah dia letak dalam peti ber'password' di belakang rumah dia, aku tak perlu pun nak panggil dia,hanya masukkan 'password' dan ambil terus kunci tu. 

Rumah penginapan ni istilahnya 'barn', takda bilik ala-ala studio tapi katil semua dia bagi,memang cantik dan simple je. Dekorasi dia sangat menarik, toilet semua bersih. Elektrik pula kena bayar 1 pound untuk setiap 3 jam. Kelengkapan 'barn' ni memang sangat 'english'. Aku memang suka sangatlah. Setelah siap letak barang apa semua, kitorang pergi ambil gambar di luar rumah pula,waktu matahari naik ni memang sangat-sangatlah bahagia perasaannya. Dalam diri aku ni, perasaan cinta dengan waktu pagi tu macam ada satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan, sebab tu aku tak suka tidur waktu pagi tambahan pula kalau pergi bercuti.

Selesai bergambar dan makan sedikit, kami menuju ke pekan Leek. Nak tau juga apa yang best disini. Kebetulan hari ni hari sabtu, maka ramailah orang di pekan. Ada macam 'farm market' dan pasar karat. Selalunya inilah yang diorang (english) akan buat kalau hari cuti. Kami pun jalan-jalan cuti mata tengok gelagat orang ramai. Disini memang tak nampak langsung orang luar kecuali kami je. Mungkin pekan ni kecil,jadi tak ramai pendatang menetap disini. Nampak jugalah keaslian english kawasan ni. Selesai di pekan kami terus ke 'supermarket' untuk beli sedikit bekalan makanan untuk santapan malam. Memang niat kami ke Butterton ni untuk rehat-rehat sesudah sebulan bekerja tanpa henti. Bayangkan 2 minggu kami kerja 14-16 jam sehari. Tapi duit punya pasal apa adahal kan.



Waktu petang lagi kami semua dah bertukus-lumus menghidupkan bara api. Punyalah susah sebab tak banyak kelengkapan boleh kami guna. Kebetulan kami ada bawa satay dari London,sayang pula kalau tak makan. Masing-masing pun dah besar pandai,tak perlu disuruh terus jalankan tugas masing-masing. Sebab tu aku suka trip dengan budak-budak ni. Jarang nak jumpa dengan orang macam ni. Sebahagian hidupkan dan jagakan bara api, sebahagian lain masak apa yang patut didalam 'barn',memang terasa tradisional betul sebab dapur pun kena hidupkan kayu api. Usaha nak hidupkan kayu api pun mencabar juga sebab waktu ni 'winter' jadi kayu kering tak banyak. 


Malam tu kami hanya borak-borak pasal kerja selepas selesai makan malam, memang seronok. Sesi bahan membahan pun terselit juga. Kalau dah namanya berkumpul beramai-ramai sesi membawang pun memang jadi lah. Punyalah lama kami berborak, tapi jam masih menunjukkan jam 9 malam. Awal lagi kalau nak tidur, tapi kami kena paksa tidur sebab esok hari masih banyak lagi perancangan perjalanan kami untuk diteruskan. Tapi malam tu memang aku tak boleh tidur, sejuk dia sampai tulang. Selimut aku pula sangatlah nipis. Aku tidur siap 'back to back' dengan Diva, tapi tak kurang rasa sejuk tu. Setiap 2 jam mesti aku terjaga sebab sejuk, kalau tak sebab sejuk mesti sebab Din berdengkur. 

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...