Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Oh Malaysia

Kenapalah masa-masa ni nak ingat kat Malaysia? Adoi,pening kepala..adakah rasa rindu itu mula mengembang atau hanya perasaan sahaja? Ah,abaikan..mungkin juga sebab angah nak balik kot. Takpelah insyaALLAH ada rezeki aku pulak balik..tahun depan? mungkin. Tapi Nadiah kata dia nak balik jugak. :) Mana boleh dua-dua sekali nak balik. Aku..hanya dibesarkan di kampung. Kampung yang terletak di Cheras..Cheras? Ada kampung ke? Ada la..sape kata tak ade? Kampung aku dinamakan 'kampung' Bandar Tun Hussein Onn. Kiranya kampung moden la. Walaupun orang kata bukan kampung,tapi aku nak kata kampung jugak. Aku suka suasana kampung aku,walaupun tinggal kat bandar tapi aku takde la rasa kebandaran sangat..mak ayah pun kerja sederhana..boleh makan boleh minum..Alhamdulillah,bersyukur. Waktu pagi di Kuala Lumpur memang aman,lagi-lagi kalau jalan kat 'area' Central Market. kereta pun tak banyak lagi. Dengar kicauan burung gagak..jap-jap,burung gagak dipanggil kicauan jugak ker? S...

Dah besar ker dah tua?

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah aku mohon hari-hari yang bakal mendatang dengan usia yang matang,membawa seribu 'kejayaang' (kejayaan). Tak ada sambutan tak ada kejutan,bukan tak mahu tapi dari kecil dah biasa macam ni. Bukan ayat sedih-sedih ok. Yang penting matlamat,aku mahu setiap inci hidup ini ada jasa pada sekeliling,pada diri,keluarga, agama dan bangsa. Biar hidup disanjung dan dihormati,walaupun payah untuk menjadi manusia yang sempurna,tapi sentiasa berazam untuk menjadi seperti itu. Terima kasih pada yang ingat,terharu bila awal pagi aku buka 'Facebook',ramai yang ucap selamat. Dan pada 'si dia' yang awal-awal lagi menelefon seawal jam 12 malam,terharu sangat, walaupun sering disakat. Pada bro Mohd Iqbal,ko ingat jugak hari lahir aku? terima kasih hantar SmS malam tadi.. "Yang penting matlamat,aku mahu setiap inci hidup ini ada jasa pada sekeliling,pada diri,keluarga, agama dan bangsa. Biar hidup disanjung dan dihormati,walaupun payah un...

Apa itu Baha`iyah?

(sekadar gambar hiasan) Hari ni aku hadir kelas Nahu seperti biasa,dan seperti biasa Doktor Khalid akan bagi tazkirah dulu sebelum dia mulakan syarahan. Tajuk tazkirah dia hari ni pasal agama Bahai`yah. Agak menarik sebab aku pernah dengar pasal agama ni,tapi kurang jelas. Balik dari kuliah aku terus cari dan butirannya seperti di bawah ni... Baha'iyah merupakan satu aliran sesat yang terkeluar dari Islam. Ia telah menjadi satu agama baru yang asing dari agama Islam. Ia adalah pecahan dari Syiah Imamiyah. Pengasas Asal Agama Baha'iyah Agama Bahaiyah diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad al-Syirazi. Beliau lahir di Iran sekitar tahun 1152 H/1820 M. Pada asalnya beliau merupakan pengikut mazhab Syiah Imamiyah. Beliau bersikap melampaui batas mazhab Syiah Imamiyah, sehingga digabungkan mazhab berkenaan dengan mazhab Syiah Ismailyiah dan fahaman hulul yang sesat serta menyimpang dari ajaran Islam. Hulul ialah satu fahaman yang mempercayai bahawa Tuhan menjelma pada makhluknya. Fahaman ...

Arab..Arab

Bismillah.. Terdetik hati nak tulis pagi ni,tentang hari khamis lepas. Aku pergi amin daulah dengan harapan dapat serahkan dokumen peribadi untuk urusan pasport. Mungkin silap aku juga datang setengah jam lambat tapi bukan sengaja lambat. Sampai kat sana,dah ada 2 orang 'student' medic tengah tunggu,dan aku yakin dapat serahkan. Tapi boleh pula pegawai tu kata, "datang esok (bukroh)"..dengan hati kecewa aku cuba pujuk dia untuk buat hari ni jugak..ditolak mentah-mentah. Aku tak boleh nak salahkan dia sebab tak nak terima dokumen tu,salahkan diri sendiri adalah jawapannya. Sebabnya,aku dah lali sangat dengan perangai 'bukroh' tu,saja aku cari pasal datang lambat,padan muka. Walaupun ramai yang geram dengan perangai keras hati mereka ni,tapi banyak benda jugak yang aku setuju dengan arab Mesir ni,walaupun perangai keras hati ni buat mereka seperti ketinggalan,tapi pada masa yang sama benda ni buat mereka tak mudah tunduk dengan tekanan. Mereka akan buat jugak ca...

Tapi cinta lengkapi kita

Mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukan dunia, berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya, Laskar pelangi, takkan terikat waktu, bebaskan mimpimu di angkasa, warnai bintang dijiwa, Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah surga, bersyukurlah pada yang kuasa, "cinta" kita di dunia, SELAMANYA. Cinta kepada hidup memberikan, senyuman abadi, walau hidup kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita,

Kamu sudah d`TAGGED

Assalamualaikum, Hadoi aku pun terkena jugak virus ni, 'akceli' memang tak tau aper pun pasal benda ni..tapi macam best. Takpe la main jugak. :) Shareez hang jangan kutuk-kutuk aku k... >Anda rasa anda Hot? Jawapan: Erm,entah la, tak kot..eh erm tak tau la aku. .sebab selalunya kalo 'hot' ni bagi aku macam orang ensem-ensem kot,means macam muka putih,tinggi,hidung mancung..macam tu la kan. Kalo aku ni macam 'lintang' jer anak pesisir. :) >Upload gambar kegemaran anda? Jawapan: .........dalam proses.............. >Kenapa anda suka gambar ini? Jawapan: Sebab gambar ni memang nampak jujur sangat,budak-budak kata dah macam jerangkong,tapi aku suka. >Bila kali terakhir anda makan pizza? Jawapan: Rasanya masa 14 Mac ari tu kot,ader orang belanja..hehe masa kat Uni Alex. :) >Lagu terakhir yang anda dengar? Jawapan: Mestilah Laskar Pelangi,dah duduk kat playlist blog ni.Lagipun lagu ni memang buat aku lebih zuhud kot. Aku nak berjiwa "...

Laskar Pelangi

Minggu yang berlalu buat aku lebih bimbang,mana taknya 'imtihan'dah dekat sangat. Risau bila memikirkan pasal beberapa 'madah' tu. Walaupun tak nampak banyak tapi mesti berhati-hati dan jangan buat kesilapan lagi. Al-Quran? Sedang berjuang menekan otak untuk lebih ingat. Nak jaga hafalan Al-Quran ni susah sebenarnya,kena jaga hati dan pancaindera. Aku mohon dipermudahkan kami tahun ni. Dalam kerisauan yang menyala-nyala ni,tiba-tiba boleh pulak budak rumah aku 'sedut; cerita baru yang bermesej tinggi, 'Laskar Pelangi' filem dari tanah seberang. Memang bermanfaat dan lagi meningkatkan motivasi diri. Lagu tema dia pun 'best'. Kalau ada masa terluang,tengok la. :)

Damsik & Isketanbola

Alhamdulillah perjalanan yang dirancang sekian lama menjadi kenyataan,impian untuk menjelajah ke Syria dan Turki tercapai. Pengembaraan kami empat anak muda,Yaser Zanil (Selangor&Kaherah),Saiful Islam (Selangor& Mansurah),Shareez Sabri (Pulau Pinang & Mansurah ) dan Munif (Pulau Pinang & Damanhur) bermula di Mansurah. Kami membeli tiket terus dari Mansurah ke Syria dengan harga L.E 690 (120 dolar),tiket termasuk bas dan juga kapal laut. Bergerak pada pukul 8 malam terus ke pelabuhan Nuweiba`,kami sampai disana tepat jam 4 pagi. Disana kami perlu menunggu hingga jam 9 pagi untuk urusan imegresen. Kemudian pada jam 12 tengahari kami menaiki kapal,akan tetapi kapal hanya bergerak meninggalkan pelabuhan Nuweiba` pada pukul 3 petang. Keadaan yang terlalu lama menunggu menyebabkan fizikal kami menjadi terlalu letih,selepas makan tengahari kami merehatkan badan di kabin kapal sementara menunggu kapal berlabuh di pelabuhan Aqaba` Jordan. Setelah memakan masa hampir 6 jam di ata...

Tenang-tenang aja...

Apakah yang telah berlalu hari ini? Cuba untuk tenang dan berlagak biasa saja. Melupakan hari semalam adalah yang terbaik dalam perancangan. Fokus kepada apa lagi yang bakal mendatang dan cuba untuk tidak lari darinya. Satu benda yang baik adalah menyelesaikannya. Hari ini,bangun tidur terus tunaikan solat Subuh,kemudian seperti yang biasa dilakukan di Malaysia dulu,baca berita. Tapi masa kat Malaysia dulu,mintak duit kat mama pastu pergi beli surat khabar,naik kereta sambil pasang radio era pastu dengar Kairil ngan Keiran gaduh-gaduh. Indah betul waktu tu.. Kelas abis pukul 2 petang,tak perasan pulak Doktor Abd Rahman Haibah nak masuk hari ni. Mungkin dia dah janji tempoh hari..aku jer yang tak perasan. Selisih dengan doktor masa nak balik,tengok-tengok dia masuk mudarraj. Apa lagi kena patah balik la,walaupun mata dah berat gile nak join kelas,tapi kena kuatkan jugak. Mudah-mudahan berkat datang kelas tu Allah akan me'najah'kan kita,insyaALLAH. Sampai kat rumah macam-macam be...