Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

Imtihan pada 25 Disember 2007.

Assalamualaikum, Saja nak bagitahu kat korang yang imtihan untuk kami di Mesir ni dahdekat sangat. Aku harap kami akan dapat jawab dengan baik, untuk pengetahuan korang imtihan kami budak lughah tahun 2 akan bermula pada 6 Januari 2008, tapi sebahagian kami ada yang kena mula imtihan takhalluf Adab Jahili. Jadi akan mula betul pada 25 Disember 2007. Doakanlah kejayaan kami untuk naik tahun 3. Dan jangan lupa doakan untuk mereka yang lain di Mesir ni tak kira Al-Azhar atau Perubatan. Selamat Menjawab, InsyaALLAH Najihin.

Satu hari di hari raya

Assalamualaikum and salam sejahtera kepada kawan-kawan semua,sebelum tu aku nk ucap Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat,disamping itu juga kita digalakkan untuk mengingati kembali pengorbanan Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s)..aku pun nk minta maaf banyak-banyak sebab tak sediakan info-info tentang peristiwa yg berlaku ni,aku nak minta maaf banyak-banyak la k! Kat sini aku nak ceritakan la sikit pengalaman beraya haji kat Mansoura ni,raya kat Mesir ni memang best,kiranya macam kita sambut raya haji kat kelantan la,meriah gila. First time aku sambut raya kat Mansoura ni,kitorang ada buat sembelih gamus (kerbau),memang meriah. Tapi yang sekarang ni aku cerita pasal tahun ni pulak setelah tahun ke-2. Malam raya aku dah plan dengan housemate aku parid,papa (jaafar) dan zulkapan,kitorang plan nak pergi sembahyang sama-sama kat Istad Mansoura pastu nak masak la sikit-sikit untuk raya ni,sebab masa raya puasa hari tu kitorang tak masak,pau umah orang je. Aku d...

Gggrrrrr........

Sekarang ni dah nk mula fatrah imtihan,macam-macam benda nk buat,kelas tambahan pun bukan main lagi. Kuliah jamiah seperti biasa la,paham tak paham yg penting kena pergi jugak. Kadang-kadang tension jugak pasal tak faham sangat,tapi dalam tension-tension tu,aku doa semoga ada keberkatan dalam pembelajaran aku tu,insyaALLAh. Aku berusaha juga untuk dapatkan apa yang doktor syarahkan tu,macam pesan mama dan abuya aku dulu,pergi ja kelas jangan ponteng. Dalam beberapa hari kebelakangan ni,aku macam tertekan sangat rasa macam semangat yang ada tahun lepas tu macam dah kurang,macam-macam aku buat,rupanya aku terlupa satu benda. Rupanya dah lama aku tak call mama dan abuya aku,apa lagi cepat-cepat aku pergi 'pau' evois ngan fathi..nasib baik line internet umah ok. Arab internet tu dah kena sound dengan housemate aku. hehehe. Mula-mula aku call adik aku,tapi takda orang angkat..nak call no mak aku,no mama dah kena block,aku try call ayah aku..dapat pun. Sembang punya sembang,jadi lama...

Mana nak cari kasut?

Assalamualaikum Entry kali ni aku nak memperkenalkan satu slot baru yang aku namakan `buku manual`. Dalam slot ni aku nk memperkenalkan kat korang pasal tempat-tempat mana yang kita perlu rujuk kalau nak dapatkan sesuatu barang,maksud aku,aku akan bagi cadangan tempat mana yang patut korang pergi untuk beli barang tu,ataupun yang berkaitan dengannya insyaALLAH. Faham kan? Pada kali pertama ni,aku nk cadang kat korang kat mana tempat nak cari kasut. Korang tau jer la kan,kat Mesir ni payah nak cari kasut yg ikut selera orang Malaysia. Kebetulan aku beli kasut kat situ,aku ingat nak kongsi-kongsi jugak dengan korang. Aku `angkat` kasut macam Vans,pasal kasut tu dah lama aku nak,tp masa kat Malaysia tak sempat beli,banyak benda nak kena buat,jadi aku tangguh dulu. Orang Malaysia suka kasut snickers,macam kasut Vans,Converse,Adidas,Nike dan yang seumpama dengannya. Kalau kat Mesir ni lain,diorang lebih cenderung dengan kasut kulit mungkin pasal ikut selera orang Italy kot, ni kawan aku cit...

Syair Ibu oleh Khalil Jibran

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia. Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah. Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa. Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista. Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibunya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa merestui dan memberkatinya. Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya. Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian. Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian. Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud. Penuh cinta dan kedamaian. ~Khalil Jibran...

Syair Hasan Bin Tsabit

Buat Rasul ~ Hasan Bin Tsabit Engkau adalah ke dua-dua biji mata ini Dengan kepergianmu yang anggun, Aku seketika menjelma menjadi seorang buta Yang tak perkasa lagi melihat cahaya Siapapun yang ingin mati mengikutimu Biarlah ia pergi menemui ajalnya, Dan Aku, Hanya risau dan haru dengan kepergian terindahmu

Pentempuran Hattin

Pertempuran Hattin Pertempuran Hattin pada tahun 1187 merupakan kekalahan besar bagi pergerakan Pejuang Salib, dan penguasaan kota Jerusalem berpindah dari orang Nasarani kepada orang Islam. Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat. Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean. Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya. Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinannya hampir sera...

SMAT Al-Rahman buktikan kegigihan Ustaz Shafie Juri

DIDIKAN agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional. Matlamat untuk mendidik anak bangsa yang prolifik menjadi asas kepada penubuhan Sekolah Menengah Agama Tinggi Ar-Rahman kira-kira empat tahun lalu. Walaupun pada mulanya ia hanya beroperasi dengan Tadika Ar-Rahman dan Kafa Integrasi Ar-Rahman kepada pelajar darjah satu hingga enam, namun kepentingan pengajian tinggi agama tidak pernah diabaikan. Menurut Pengetuanya, Shafie Juri, pendidikan agama di peringkat tadika dan kafa integrasi masih belum mencukupi kerana ilmu agama dan akademik tidak bergerak seimbang. Penubuhan sekolah menengah itu mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan. Malah, silibus pengajaran agama dan akademik juga berpandukan kepada suk...

Puas di Korea

SEKIRANYA berkunjung ke Seoul, ibu negara Korea Selatan, tentunya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat beberapa destinasi menarik bandar raya yang terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah itu. Berkeluasan kira-kira 605 kilometer persegi, ibu negara Korea Selatan itu adalah bandar raya terbesar negara berkenaan tetapi pada hakikatnya, lebih kecil berbanding New York dan Tokyo. Namun, ia tetap menjadi antara bandar raya berkepadatan penduduk tinggi di dunia dengan lebih 10 juta penduduk. Antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong adalah Istana Changdeokgung, Istana Gyeongbokgung, Muzium Kebangsaan Korea, National Folk Museum, Namsan Park, kuil Buddha Dongmyo dan Taman Olimpik Seoul, Songpa-gu. Namun, selepas melawat ke tempat berkenaan, tentu perlu membeli barangan sebagai memori dan buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air. Justeru, pastikan anda singgah ke tiga tempat membeli belah terkenal di Korea Selatan iaitu pasar Namdaemun, Dongdaemun dan Itaewon. ...

Adoi

Adoi penatnya badan ni, imtihan dah dekat..kerja pun makin banyak, kitab takhalluf pun baru bukak tapi nasib baik ada kawan-kawan tolong bagi terjemah. Kenapa la badan ni asyik malas jer? sekarang ni makin sibuk takde masa la nak cari bahan baru. korang tunggu je. insyaALLAH murah rezeki aku masukkanlah apa-apa entry. Korang sama-sama la doakan kejayaan kitorang,moga-moga najah.

Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007

Tanggal 26 November 2007,satu penghormatan telah diberikan kepada lebih kurang 7000 pelajar Malaysia di bumi Mesir ini dengan kunjungan lawatan Perdana Menteri Malaysia,Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama delegasi menteri beserta beberapa pegawai badan bukan kerajaan (NGO). Kedatangan perdana menteri ini juga diiringi dengan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 (MECC 07),karnival ini diadakan adalah untuk memberi input dan maklumat yang lebih tepat tentang kerjaya masa depan dan sistem pendidikan lanjutan khususnya bagi penuntut Malaysia di Mesir ini khususnya mahasiswa/wi pengajian islam di Universiti Al-Azhar dan juga pengajian perubatan di seluruh Mesir. Lebih mengejutkan lagi ialah dengan kedatangan lebih 12 universiti terkemuka di Malaysia termasuk IPTA dan IPTS beserta tokoh-tokoh korporat dari beberapa syarikat gergasi di Malaysia. Perdana menteri dalam ucapannya lebih menekankan tentang kepentingan modal insan dan modal intelektual sebagai benteng bagi menghadapi masa depan ...