Assalamualaikum, Syukur kepada Allah SWT tuhan empunya alam kerana telah meluaskan pintu-pintu rezeki buat kami hambanya yang lemah. Syukur buatnya kerana telah memberi kami banyak peluang untuk menebus kesilapan-kesilapan yang lalu walaupun acap kali berulang. Alhamdulillah,dua tiga hari kebelakangan ni banyak cerita di musim panas Mesir yang makin menyengit. Anisah makin bertenaga selepas beberapa hari yang teruk sebab muntah-muntah. Sekarang dah nak habis bulan yang ketiga dia mengandung,kurang sikit muntah-muntah. Lepas ni boleh la dia hidup normal. Kesian sangat tengok orang mengandung ni,macam-macm pantang diorang. Tambahan pula sekarang ni tengah musim panas,nak ke kuliah pun tak sedap badan. Ala kulli haal semoga Allah SWT memberi banyak kemudahan. Allah SWT yang jadikan segalanya ni,maka Allah SWT juga tahu apa penyelesaiannya. Kelmarin lepas kawan-kawan dari Mansurah datang ziarah kami di rumah,pada saat menulis ni pun ada lagi kenalan dari Kaherah dan Tanta datang bermalam. ...
berjalan dan bermusafirlah